Tiba2 Jumaat lepas terasa nak memasak..Pegi pasar terjumpa ikan siakap..Pergh sedap jugak kalau makan siakap stim..Bought a few ingredient terlintas kat fikiran then pick up my phone a give the ‘top chef’ ( Atok Mak laa…) a call..So here it is…
* 1 ekor ikan siakap
* 1/2 sudu teh garam
* 1/2 sudustok ayam/ikan bilis
* 1/2 sudu nampla
* 1/2 sudu teh lada sulah
* 3 sudu sos tiram
* 3 sudu besar jus limau kasturi
* 1 1/2 sudu besar minyak bijan
* 5 biji cili padi yg diketuk2
* 2 batang serai, satu dihiris halus satu diketuk
* 3 inci lobak merah di potong panjang2
* segenggam cendawan butang di hiris nipis
* 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris
* 1 helai daun limau purut, dihiris halus
* 2 inci halia muda dihiris halus
* 4 ulas bawang putih, dihiris halus
* 3 helai daun kunyit
Cara-cara
- Ikan dicuci bersih dengan air asam jawa dan lumurkan dgn garam, stok, lada sulah,nampla,minyak bijan dan sos tiram.
- Alas aluminium foil atau tempat pengukus anda dengan daun kunyit cukup2 utk menyelimuti ikan anda.
- Panaskan tmpt kukusan.Letak ikan tadi ke dalam bekas aluminium foil dan masukkan bahan2 lain yang tidak dilimurkan kepada ikan. Pastikan hirisan halia ,bawang putih, serai, bunga kantan dan dain limau purut dimasukkan sediikit ke dalam belahan perut ikan.
- Kukus kurang lebih 15 minit.
Done!!!! Wallah….